

Fungsi
1. Memperluas peluang pendidikan, memperkasa dan menilai keberkesanan program pendidikan khas.
2. Membentuk sahsiah dan mempertingkat potensi diri murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Inklusif hingga ke peringkat antarabangsa.
3. Mempertingkat kompetensi pengurus, pentadbir, guru dan anggota kumpulan sokongan pendidikan khas melalui program latihan di dalam dan di luar negara.
4. Memastikan sumber manusia mencukupi, terlatih dan berkemahiran untuk melaksanakan Program Pendidikan Khas.
5. Mempertingkat kemudahan infrastruktur, infostruktur, peralatan khas, bahan pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan khas.
Piagam Kami
Kami warga Bahagian Pendidikan Khas dengan penuh tekad dan iltizam berjanji menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mengurus dan mentadbir Program Pendidikan Khas dengan cekap dan berkesan. Ke arah itu, kami berikrar untuk:
1. Mengeluarkan surat tawaran kemasukan murid dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum tarikh pendaftaran;
2. Mengeluarkan surat penempatan/pertukaran guru dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri;
3. Memastikan maklum balas minit mesyuarat dihantar kepada urus setia dalam tempoh lima (5) hari selepas minit diterima;
4. Memastikan tindakan bagi perkhidmatan pakar dan aduan diambil dalam tempoh 14 hari bekerja ;
5. Mengurus kelulusan pengecualian mengikuti pendidikan wajib bagi kanak-kanak/murid berkeperluan khas dalam tempoh 60 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima; dan
6. Memastikan semua sumbangan yang diterima untuk program pendidikan khas dari agensi lain diuruskan dalam tempoh 30 hari bekerja.